Jumaat, 13 Jun 2014


MAKLUMAN

Kepada Semua Bekas Pelajar Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah, Dungun, Terengganu yang pernah menuntut pada Tahun 1974 hingga 1978 bahawa suatu perjumpaan Bekas-bekas Pelajar akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh         :     14 Jun 2014  (Sabtu)
Tempat       :     Dewan Gadung,  Hotel UiTM Dungun, Terengganu      
Masa           :     Jam 2.30 hingga 5.00 petang
Kehadiran   :     80  orang (disahkan)


Khamis, 12 Jun 2014

Galeri Klasik

 
 

 

DATO' HAJI ABDUL RAHIM TAHIR


Bekas Ketua Nazir Persekutuan, Kementerian Pelajaran, Datuk Abdul Rahim Tahir, 62, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Terengganu 1429H, semalam.

Beliau menerima wang tunai RM5,000, piala dan sijil penghargaan disampaikan Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Seri Panglima Raja di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini.

Ketika ditemui selepas majlis itu, Abdul Rahim yang berpengalaman selama 36 tahun dalam bidang pendidikan berkata, dia bersyukur dan terharu menerima pengiktirafan berkenaan.

Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memilih saya menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah tahun ini.

Saya terlalu gembira dan tidak menyangka menerima pengiktirafan ini yang dianggap sebagai anugerah paling bernilai,? katanya yang berasal dari Kampung Paloh, di sini.

Mengimbau pengalamannya berkhidmat sebagai guru, pengetua dan Pengarah Pelajaran negeri beliau berkata, pengalaman sukar dilupakan ketika berkhidmat sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah (SMKTIZ) Dungun pada 1972.

Menurutnya, ketika itu, beliau mula mengubah tatacara berpakaian di sekolah yang menjolok mata kepada pakaian menutup aurat.

Sebagai pengetua (SMKTIZ), pelbagai ranjau terpaksa saya hadapi ketika memperkenalkan pakaian menutup aurat di sekolah berkenaan.

Setika itu, pelajar perempuan semua sekolah seluruh negara hanya memakai skirt mini dan tidak bertudung manakala pelajar lelaki memakai seluar pendek.

Saya yang ketika itu memikul tanggungjawab sebagai pengetua cuba membuat pembaharuan apabila mewajibkan semua pelajar SMKTIZ berpakaian menutup aurat seperti sekarang,?katanya.

Katanya, pada peringkat awal, pelbagai tentangan terpaksa dilalui, namun hari ini, beliau berbangga apabila semua sekolah di seluruh negara mengikut jejak langkah dimulakan SMKTIZ.

Bapa kepada empat anak itu mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Rafiah Rani, 54, guru di Sekolah Kebangsaan Ampang, Kuala Lumpur.

Pada Tahun 2009 Dato Haji Abdul Rahim telah dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan.

 


 

SEPINTAS LALU SEJARAH SMTIZ


SEJARAH AWAL SEKOLAH

Pada peringkat awal persekolahan menengah di Dungun, pelajar yang memilih aliran kebangsaan (Melayu) sebuah kelas kelas aliran melayu telah di buka di Sekolah Menengah Inggeris Dungun (dikenali sebagai Dungun English Secondary School) pada awal tahun 1963

1963   Guru kelas yang dilantik adalah Encik Abdul Kadir bin Osman. Menggunakan kelas sebelah petang di SM Inggeris Dungun dengan seramai 20 orang pelajar Tingkatan Satu.
1964   Pelajar Tingkatan Satu mula naik kelas Tingkatan Dua dan pengambilan pelajar baru Diteruskan.
1965  Pelajar aliran Melayu mula menymbung pelajaran ke Tingkatan Tiga dan pada tahun ini adalah merupakan Tahun pertama pelajar Aliran Melayu menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) di sekolah ini.  Daripada 20 orang Calon, 19 orang telah Berjaya Lulus di dalam peperiksaan dan seorang calon Gagal.
1967   Pada tahun ini semua pelajar Aliran Melayu daerah Dungun telah mula berpindah ke bangunan sendiri yang terletak di Kampung Balai Besar Dungun. Penempatan baru ini mempunyai sebuah pejabat sekolah yang menempatkan bilik Guru Besar, dua buah makmal sains, bilik guru serta sebuah kantin.
         Pentadbiran sekolah ini diketuai oleh Encik Ismail bin Abdul Manap sebagai Guru Besar yang  pertama.  Kapasiti pelajar adalah seramai 738 orang serta bilangan guru seramai 33 orang.
1968       Pada tahun ini Encik Ali bin Jabbar telah dilantik sebagai Guru Besar. Pada tahun ini Perasmian pembukaan sekolah telah dilakukan oleh Yang Berhormat Encik Mohd Khir bin Johari, Menteri Pelajaran Malaysia.
1969   Pentadbiran sekolah pada tahun 1969 hingga 1970 diketuai oleh Encik Abdul Rashid bin Ngah. (Beliau terkenal dengan Buku Puisi yang dikarangnya pada masa itu Di Bawah Aunan Ombak). Pada masa ini bilangan pelajar mencecah seramai 1018 orang dengan bilangan guru seramai 38 orang
Pada tahun ini juga sekolah mendpat bangunan tambahan yang menempatkan tiga buah makmal sains, sebuah perpustakaan serta 10 buah bilik darjah. Dengan pertambahan bilangn makmal sains, maka pada tahun ini kelas Aliran sains tulen dibuka.
1971       Pentadbiran sekolah ini diketuai pula oleh Encik Abdul Halm bin Ngah. Pada Tahun ini pembinaan Asrama sekolah bagi putera dan puteri dibina serta lima unit rumah guru dibina dan dapat disiapkan pada tahun 1972.
1973   Pada Mei 1973 sekolah ini ditadbir oleh Encik Abdul Rahim bin Tahir. Pada zaman ini banyak perubahan mula dilakukan oleh beliau di dalam menerapkan nilai kerohanian pelajar. Pelajar perempuan beragama Islam mula beralih pakaian daripada skirt kepada baju kurung dan pelajar diminta bersolat di Dewan sekolah serta perhimpunan murid dibuat di padang sekolah.
1976  Bermula Tingkatan Enam Sastera sebanyak dua buah kelas mula di buka di sekolah ini bagi menampung pelajar dari Daerah Dungun, Kemaman dan Kuala Berang
1978    Sekolah menawarkan sebuah kelas Aliran  Sains Tulen bagi pelajar Tingakatn Enam
1979   Pembinaan sebuah surau sekolah yang dapat menampung bilangan pelajar seramai 2000 orang dalam satu masa.
1982       Pentadbiran sekolah diketuai oleh Tuan Haji Mohd Omar bin Abdul Rahman
1984       Pada bulan September 1984 sekolah ini diketuai oleh Encik Zawawi bin Daud
1990       Pada tahun ini Feb hingga Mei sekolah ini ditadbir oleh Cik Ho Nyok Yin.
Pada bulan Jun tahun yang sama sekolah ditadbir oleh Encik Hashim bin Abdul Rahman
1991       Tuan Haji Abdul Moein Skymmar bin Abdul Wahab dilantik sebagai Pengetua sekolah ini
1993       Pada bulan Ogos Pentadbiran sekolah diketuai oleh Tuan Haji Shaary bin Cheek
1998       16 Julai tahun ini Sekolah ditadbir oleh Tuan Haji Daud bin Jusoh
2001       01 Julai Pengtua sekolah ini adalah Tuan Haji Wan Ismail bin Wan Embong
                Penggunaan blok baru sekolah ini telah bermula pada tahun 2003
2004       Pentadbiran sekolah ini diketuai oleh Encik Zakariah bin Ali
2007       Sekolah ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd Zin bin Muda

2013

PROGRAM REUION PELAJAR SMTIZ DUNGUN BATCH 1974-1978


PENGENALAN

Program mengumpulkan bekas-bekas pelajar SMTIZ Batch 1974-1978 merupakan suatu usaha yang dilakukan untuk menemukan kawan-kawan lama yang terpisah sejak hampir 40 tahun. Semasa mendaftar di SMTIZ pada tahun 1974 di Tingkatan Satu suatu masa dulu, terdapat 15 buah kelas bagi penempatan pelajar dan jika dianggarkan 40 orang pelajar di dalam sesebuah kelas, hampir 600 orang pelajar Tingkatan Satu yang mendaftar pada tahun tersebut. Bilangan yang ramai ini adalah disebabkan bilangan sekolah menengah yang ada di Daerah Dungun pada masa itu hanyalah dua buah sahaja. Oleh sebab itu permintaan yang tinggi maka SMTIZ Dungun menjadi pilihan pelajar dan situasi ini menyebabkan generasi pelajar Tingkatan Satu pada masa itu mempunyai teman baru di alam sekolah menengah dari pelbagai latarbelakang serta pelbagai pelusuk daerah menjadikan suasana pembelajaran makin seronok.

Usaha untuk mengumpulkan ahli-ahli Batch 7478 ini adalah cetusan rasa dari semua pihak. Usaha bermula dengan adanya komunikasi media alaf baru iaitu Facebook dapat menghubungi rakan-rakan lama secara berkumpulan. Namun bukan semua Ahli mempunyai akaun Facebook. Cetusan rasa ahli yang menggunakan aplikasi Whassup telah menggerakkan Admin untuk mewujudkan suatu Kumpulan yang dikenali sebagai SMTIZ Batch 74-78 yang diwujudkan dapat mempelawa Ahli-ahli untuk membuat perbincangan (discussion) telah merancakkan hubungan silaturrahim antara kalangan ahli-ahli. Akhirnya cetusan rasa ini telah membawa penubuhan Jawatankuasa Penaja Reunion yang mengadakan beberapa siri perjumpaan mengambil persetujuan dan menetapkan tarikh dan tempat bagi mengadakan Reunion yang julung kali bagi Batch 7478 ini diadakan.

Adalah diharapkan agar Program Reunion bekas pelajar SMTIZ Batch 1974-1978 ini dapat diadakan sebagai acara tahunan yang dapat menemukan seberapa ramai ahli yang sebaya usia, seangkatan serta yang mempunyai satu matlamat bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli-ahli. Mudah-mudahan dengan wujudnya Program Reunion ini menjadi pemangkin kepada kepelbagaian Program pada masa akan datang yang difikirkan bagi menambahkan hubungan kekeluargaan dikalangan ahli-ahli semua.

Di dalam memanjatkan Kesyukuran kepada Allah SWT atas kejayaan Program Reunion ini, kita tidak lupa kepada Rakan-rakan, Teman-teman dan Sahabat-sahabat kita yang sebaya seusia dengan kita semasa alam persekolahan dahulu yang telah kembali ke Rahmatullah. Marilah sama-sama kita sedekahkan Alfatihah kepada mereka agar Roh mereka ditempatkan bersama-sama dengan orang yang Beriman. Disamping itu tidak lupa juga di dalam kita meraikan Majlis Reunion kita ini, ada kawan-kawan kita yang tidak dapat sertai kerana mempunyai pelbagai masalah yang menimpa. Kita amat merasa simpati ada kawan-kawan sebaya dengan kita yang kini menderita mengalami pelbagai penyakit dan memerlukan bantuan daripada kita jua. Sempena Program ini kita dapat lancanrkan Program Derma Bakti daripada sumbangan ahli-ahli untuk dihulurkan kepada kawan-kawan kita yang memerlukan kewangan bagi menampung kos perubatan. Mudah-mudahan usaha bakti kita semua dapat meringankan sedkit penderitaan yang mereka hadapi.

Akhir kata semoga Program Reunion SMTIZ BAtch 74-78 yang diadakan julung-julung kali ini berjaya mencapai objektif bagi merapatkan hubungan sesama ahli..

PELAJAR TINGKATAN 1A1


PELAJAR TINGKATAN 1C1