Khamis, 12 Jun 2014

DATO' HAJI ABDUL RAHIM TAHIR


Bekas Ketua Nazir Persekutuan, Kementerian Pelajaran, Datuk Abdul Rahim Tahir, 62, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Terengganu 1429H, semalam.

Beliau menerima wang tunai RM5,000, piala dan sijil penghargaan disampaikan Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Seri Panglima Raja di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini.

Ketika ditemui selepas majlis itu, Abdul Rahim yang berpengalaman selama 36 tahun dalam bidang pendidikan berkata, dia bersyukur dan terharu menerima pengiktirafan berkenaan.

Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memilih saya menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah tahun ini.

Saya terlalu gembira dan tidak menyangka menerima pengiktirafan ini yang dianggap sebagai anugerah paling bernilai,? katanya yang berasal dari Kampung Paloh, di sini.

Mengimbau pengalamannya berkhidmat sebagai guru, pengetua dan Pengarah Pelajaran negeri beliau berkata, pengalaman sukar dilupakan ketika berkhidmat sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah (SMKTIZ) Dungun pada 1972.

Menurutnya, ketika itu, beliau mula mengubah tatacara berpakaian di sekolah yang menjolok mata kepada pakaian menutup aurat.

Sebagai pengetua (SMKTIZ), pelbagai ranjau terpaksa saya hadapi ketika memperkenalkan pakaian menutup aurat di sekolah berkenaan.

Setika itu, pelajar perempuan semua sekolah seluruh negara hanya memakai skirt mini dan tidak bertudung manakala pelajar lelaki memakai seluar pendek.

Saya yang ketika itu memikul tanggungjawab sebagai pengetua cuba membuat pembaharuan apabila mewajibkan semua pelajar SMKTIZ berpakaian menutup aurat seperti sekarang,?katanya.

Katanya, pada peringkat awal, pelbagai tentangan terpaksa dilalui, namun hari ini, beliau berbangga apabila semua sekolah di seluruh negara mengikut jejak langkah dimulakan SMKTIZ.

Bapa kepada empat anak itu mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Rafiah Rani, 54, guru di Sekolah Kebangsaan Ampang, Kuala Lumpur.

Pada Tahun 2009 Dato Haji Abdul Rahim telah dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan.

 


 

2 ulasan: