SEJARAH AWAL SEKOLAH
Pada peringkat awal persekolahan
menengah di Dungun, pelajar yang memilih aliran kebangsaan (Melayu) sebuah
kelas kelas aliran melayu telah di buka di Sekolah Menengah Inggeris Dungun
(dikenali sebagai Dungun English Secondary School) pada awal tahun 1963
1963 Guru kelas yang
dilantik adalah Encik Abdul Kadir bin Osman. Menggunakan kelas sebelah petang
di SM Inggeris Dungun dengan seramai 20 orang pelajar Tingkatan Satu.
1964 Pelajar Tingkatan Satu
mula naik kelas Tingkatan Dua dan pengambilan pelajar baru Diteruskan.
1965 Pelajar aliran Melayu
mula menymbung pelajaran ke Tingkatan Tiga dan pada tahun ini adalah merupakan
Tahun pertama pelajar Aliran Melayu menduduki Peperiksaan Sijil Rendah
Pelajaran (SRP) di sekolah ini. Daripada
20 orang Calon, 19 orang telah Berjaya Lulus di dalam peperiksaan dan seorang calon
Gagal.
1967 Pada tahun ini semua
pelajar Aliran Melayu daerah Dungun telah mula berpindah ke bangunan sendiri
yang terletak di Kampung Balai Besar Dungun. Penempatan baru ini mempunyai
sebuah pejabat sekolah yang menempatkan bilik Guru Besar, dua buah makmal
sains, bilik guru serta sebuah kantin.
Pentadbiran
sekolah ini diketuai oleh Encik Ismail bin Abdul Manap sebagai Guru Besar yang pertama. Kapasiti pelajar adalah seramai 738 orang
serta bilangan guru seramai 33 orang.
1968 Pada tahun ini Encik
Ali bin Jabbar telah dilantik sebagai Guru Besar. Pada tahun ini Perasmian
pembukaan sekolah telah dilakukan oleh Yang Berhormat Encik Mohd Khir bin
Johari, Menteri Pelajaran Malaysia.
1969 Pentadbiran sekolah
pada tahun 1969 hingga 1970 diketuai oleh Encik Abdul Rashid bin Ngah. (Beliau
terkenal dengan Buku Puisi yang dikarangnya pada masa itu Di Bawah Aunan
Ombak). Pada masa ini bilangan pelajar mencecah seramai 1018 orang dengan
bilangan guru seramai 38 orang
Pada tahun ini
juga sekolah mendpat bangunan tambahan yang menempatkan tiga buah makmal sains,
sebuah perpustakaan serta 10 buah bilik darjah. Dengan pertambahan bilangn
makmal sains, maka pada tahun ini kelas Aliran sains tulen dibuka.
1971 Pentadbiran sekolah
ini diketuai pula oleh Encik Abdul Halm bin Ngah. Pada Tahun ini pembinaan
Asrama sekolah bagi putera dan puteri dibina serta lima unit rumah guru dibina
dan dapat disiapkan pada tahun 1972.
1973 Pada Mei 1973 sekolah
ini ditadbir oleh Encik Abdul Rahim bin Tahir. Pada zaman ini banyak perubahan
mula dilakukan oleh beliau di dalam menerapkan nilai kerohanian pelajar.
Pelajar perempuan beragama Islam mula beralih pakaian daripada skirt kepada
baju kurung dan pelajar diminta bersolat di Dewan sekolah serta perhimpunan
murid dibuat di padang sekolah.
1976 Bermula Tingkatan Enam
Sastera sebanyak dua buah kelas mula di buka di sekolah ini bagi menampung
pelajar dari Daerah Dungun, Kemaman dan Kuala Berang
1978 Sekolah menawarkan sebuah kelas Aliran Sains Tulen bagi pelajar Tingakatn Enam
1979 Pembinaan sebuah surau
sekolah yang dapat menampung bilangan pelajar seramai 2000 orang dalam satu
masa.
1982 Pentadbiran sekolah diketuai oleh Tuan Haji Mohd Omar bin
Abdul Rahman
1984 Pada bulan September 1984 sekolah ini diketuai oleh Encik
Zawawi bin Daud
1990 Pada tahun ini Feb
hingga Mei sekolah ini ditadbir oleh Cik Ho Nyok Yin.
Pada bulan Jun
tahun yang sama sekolah ditadbir oleh Encik Hashim bin Abdul Rahman
1991 Tuan Haji Abdul Moein Skymmar bin Abdul Wahab dilantik sebagai
Pengetua sekolah ini
1993 Pada bulan Ogos Pentadbiran sekolah diketuai oleh Tuan Haji
Shaary bin Cheek
1998 16 Julai tahun ini Sekolah ditadbir oleh Tuan Haji Daud bin
Jusoh
2001 01 Julai Pengtua sekolah ini adalah Tuan Haji Wan Ismail bin
Wan Embong
Penggunaan
blok baru sekolah ini telah bermula pada tahun 2003
2004 Pentadbiran sekolah ini diketuai oleh Encik Zakariah bin Ali
2007 Sekolah ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd Zin bin Muda
2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan